Ada empat jenis manusia dalam dunia
ini
Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa
kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali
mereka dilimpahi dengan kasih
sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan
termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan
janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai
Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh
mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang
yang dilengkapi dengan
- Ilmu Ketuhanan,
- Guru kepada yang baik,
- Pembimbing kepada agama Allah,
- Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak
mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada
mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan
Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan
pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi
dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda
kepada Sayyidina Alli;
"Jika Allah
membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik
kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
Satu jenis
lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi
tidak ada hati.
- Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
- Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
- Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.
- Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
- Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada
Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku
takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang 'Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah
daripada orang 'Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu
dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh
oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan apoi dosanya itu akan
membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
Jenis yang
ketiga ialah golongan orang yang mempunyai
hati tetapi tidak ada lidah.
- Dia adalah seorang yang beriman.
- Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
- menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
- memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
- Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang
diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya
berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya
terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis
ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan,
bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan
diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan
dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada
mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan
kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh
dan hamba-hambanya yang Sholeh.
Jenis
manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke
dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam
sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang
belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan
diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai
ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung
ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia
yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa
mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa
mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima
rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu
pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang
membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang
Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan
kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan
Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah
Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat
terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali
Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya
jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau
nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan
oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah
beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Jadi saya(Sheikh Abdul
Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusi itu kepada empat golongan.
Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu
mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin
keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang
dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib
oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan