Buat rakan-rakan seperjuangan dan pembaca-pembaca blog
ahlulbaitfibanat, tidak kira di mana sahaja kalian berada. Semoga sentiasa berjaya dalam menjalani liku-liku kehidupan yang serba mencabar. Pada kali ini
saya mahu buat satu entry tentang rakan-rakan blogger yang sudi mempromosikan
blog ahlulbaitfibanat yg tak seberapa ini, yang masih dalam belajar mengenali
dunia blogging. Terima kasih juga di atas sokongan dan semangat yang kalian
berikan.
Pertama sekali
saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Cik Hazirah Muslim kerana
beliau banyak membantu dan memberi nasihat serta tips yang berguna untuk terus
cemerlang dalam dunia blogging. InsyaAllah, beliau juga telah menerima
permintaan saya supaya mempromosikan entri-entri yang ada dalam blog saya untuk
di siarkan ke dalam blognya. Walaupun beliau telah berjaya dalam dunia blogging
tapi beliau tidak sombong dengan blogger mentah seperti saya. Semoga beliau
berjaya dan terus maju dalam mengejar cita-citanya.
Tidak lupa juga kepada Encik Mohd Tarmizi dan Encik Mohd Wahyuddin yang sudi
meletakkan link blog ahlulbaitfibanat di blog mereka, dan sentiasa memberi
komen pada setiap entry , terima kasih atas dorongan, kritikan dan semangat yang
kalian berikan. Semoga kalian sukses dan berjaya dalam apa jua bidang yang
diceburi.
Ucapan ribuan terima kasih juga kepada En. Firdaus Bin Ahmad Shater yang banyak
membantu dan memberi galakan, tunjuk ajar dan panduan dalam menyiapkan blog pembelajaran
ini. Dengan pendedahan yang diberikan oleh beliau dalam pembinaan blog
pembelajaran ini, telah membuka minda
saya mengenai betapa pentingnya penggunaan IT dalam era globalisasi ini.
Kepada
rakan-rakan lain yang tidak disebutkan namanya, saya tahu kalian juga telah
banyak memberikan sokongan kepada saya. Terima kasih kerana menjadikan saya
salah satu rakan kalian semua. Dan terima kasih yang tidak terhingga
kerana kalian sudi membaca entri-entri saya di blog yang masih baru ini.
Jika tiada kalian apalah sangat blog ahlulbaitfibanat ini..
Akhir kata,
saya berharap agar kalain sentiasa istiqamah dalam membantu rakan-rakan lain
agar untuk lebih mendalami lagi ilmu yang berkaitan dengan alam maya ini.
Maafkan saya jika ada kesalahan dan kesilapan dalam entri ini. Semoga
silaturahim yang kita jalinkan ini mendapat rahmat serta keredhaan dari-NYA. Amiin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan