Terima kasih di atas kesudian menjenguk blog ini walaupun seketika.
Ingin diperkatakan di sini, kewujudan blog ini adalah semata-mata untuk
memperluaskan lagi
bidangan pendidikan di era dunia tanpa sempadan kini demi untuk melihat kaedah penyampaian dan penerimaan serta pemerolehan input maklumat pelajaran tidak lagi melalui pandang dan dengar seperti yang dilakukan oleh generasi terkebelakang sebelum ini.
Mungkin anda semua tidak memikirkan kewajiban dan kepastian perkara ini pasti akan berlaku di masa-masa akan datang, memandangkan kemudahan internet boleh dicapai di merata tempat dewasa ini. Oleh yang demikian kaedah pendidikan melalui blog adalah medium terbaik untuk menyediakan bahan-bahan serta keperluan yang berkaitan dengan dunia pendidikan semasa kepada semua generasi pelajar, tanpa membatasi jarak dan sempadan.
Kewujudan blog yang dibina oleh saya adalah berpandukan daripada intipati pengajian saya di semester 5 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam kursus Teknologi Pendidikan 2 yang memastikan setiap mahasiswa/siswi yang mengambil kursus tersebut perlu mewujudkan satu blog peribadi yang benar "Dasar Sistem Pendidikan" kepada pengunjung khususnya pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA).
Akhir kata, inilah hasilan karya maya yang mampu saya terjemahkan melalui binaan sebuah blog yang serba tidak menarik dan mungkin sedikit menjemukan. Namun, tanpa dorongan dan semangat dari anda semua yang berkunjung ke sini, mustahil dapat saya bangun dan aktif dalam memperbaharui setiap entry dari masa ke semasa. Saya mengharapkan doa dan dokongan daripada anda semua yang berkunjung agar blog ini terus memacu ke hadapan dalam membina empayarnya yang tersendiri. Mudahan Allah SWT perkenankan niat yang suci ini demi untuk melihat syiar ISLAM akan terus dijulang tinggi jua terlaksana di masa akan datang. InsyaAllahu....Wallahu 'alam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan